Home Berita PAS Kedah

ADUN Sungai Limau tinjau perkembangan naiktaraf Jeti Kuala Bangka dan Kuala Sedaka

135
SHARE

Oleh ANA NAJWA

SUNGAI LIMAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat telah mengadakan lawatan ke Kuala Bangka dan Kuala Sedaka kelmarin bagi meninjau perkembangan naiktaraf jeti yang dikelola oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Dalam kesempatan tersebut YB Ustaz turut mengambil peluang menjamu selera di warung jeti dan mendengar sendiri aduan permasalahan berkaitan jeti dan isu nelayan dari nelayan setempat yang turut berada di warung tersebut.

Untuk makluman, permohonan naiktaraf jeti ini telah diajukan oleh pihak YB Ustaz pada tahun 2021 dan mendapat perhatian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Kedah. Satu mesyuarat khas bersama YB Pegawai Kewangan turut diadakan pada bulan Jun tahun yang sama.

Semoga penaiktarafan jeti ini dapat berlangsung dengan baik dan lancar.

Turut mengiringi, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Yan, Hj Aziz Abdullah.