Oleh TASNIM MUSTAFFA
SUNGAI LIMAU, 15 DIs – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengedarkan bantuan Beras Sejahtera kepada penduduk Sungai Limau, semalam.
Program penyerahan sumbangan Beras Sejahtera itu berlangsung di empat lokasi di Sungai Limau melibatkan Kampung Gelam 2, Kampung Permatang Buluh, Kampung Permatang Tepi Laut serta Kampung Titi Batu.
ADUN Sungai Limau itu turut menyampaikan sumbangan berupa kit makanan keperluan kepada penduduk yang memerlukan.
Semoga bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan penerima sumbangan.