Home Berita PAS Perlis

ADUN serah Jalur Gemilang kepada anak muda

80
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 8 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim hari ini menyerahkan Jalur Gemilang kepada anak muda di UPU Changkat Jawi.

Penyerahan bendera berkenaan dibuat bersempena dengan Kempen Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau diiringi AJK JPKK, Shafarizan Husin dan Ketua PAS Cawangan Changkat Jawi, Marwan Ismail.

Selain Jalur Gemilang, Mohd. Ridzuan turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada para pemuda berkenaan.

Menurutnya, semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda wajar dipupuk kerana mereka adalah pewaris negara pada masa hadapan.

“Pelbagai cara boleh diadakan (bagi memupuk semangat patriotisme), antaranya dengan menggalakkan rakyat, khasnya generasi muda, untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara.

“Tidak dapat dinafikan, meskipun negara masih lagi bergelut dengan pandemik Covid-19 namun sambutan Bulan Kebangsaan tidak wajar diabaikan dan saya mengajak semua pihak agar dapat sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan lagi sambutan ini,” katanya ketika dihubungi di sini.