Home Berita PAS Selangor

Bapa hilang pekerjaan, di bantu – DPPK Hulu Selangor

10
SHARE

May be an image of 2 people and people standing

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor

BUKIT SENTOSA, 7 Ogos – Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Amri Bin Abdullah Sani mewakili NGO Geng Talaqqi telah turun menyampaikan sumbangan prihatin kepada seorang bapa yang yang telah dibuang kerja akibat pandemik COVID-19.

Menurut beliau, beliau telah buntu dalam menghadapi situasi sekarang ini dan hanya bekerja sebagai memandu Grab sahaja, tetapi masih belum cukup untuk menjelaskan tunggakan yuran pengajian anaknya.

Pemuda PAS Hulu Selangor mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tuan Amri Bin Abdullah Sani dan NGO Geng Talaqqi telah membantu memberikan sumbangan prihatin kepada seorang bapa yang terkesan akibat pandemik melalui Dana Tabung Kebajikan.

Semoga Allah merahmati dan memberikan ganjaran kepada pemberi dan penerima atas sumbangan keperihatinan yang terkesan akibat pandemik ini. Mari sama-sama teruskan berdoa kepada Allah SWT agar wabak ini diangkat dengan segera.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor