Home Berita PAS Selangor

Meneruskan ziarah mahabbah mangsa Covid – PAS Kawasan Gombak

37
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 7 Ogos – Suasana suram pandemik COVID-19 masih menyelubungi negara kita. Rakyat masih lagi terkesan akibat ujian yang belum tahu bila akan berakhir.

Lajnah Kebajikan PAS Gombak menerusi NGO MaarufCARE yang berkonsepkan berkebajikan dan mengambil peduli jiran sekitar, mengambil langkah meneruskan khidmat ziarah dan menghulur sedikit buah tangan dengan harapan menceriakan mereka.

Team sukarelawan MaarufCare termasuk Hj Ramli, sdr Azizul, Kak Mas dan Mak Jah telah turun menyantuni serta menziarahi keluarga mangsa-mangsa COVID-19 disekitar Taman Seri Gombak, Kampung Kerdas dan Taman Gombak.

Menurut salah seorang sukarelawan MaarufCare, rata-rata mereka menyatakan rasa amat bersyukur, walaupun dalam keadaan berwaspada, masih ada yang sudi menjengok bertanya khabar. Mereka juga mengucapkan terima kasih atas sifat pemurah para penyumbang yang budiman.

Semoga segala sumbangan yang telah diserahkan dapat memberi manfaat kepada keluarg-keluarga ini dan juga semoga ia dapat meringankan sedikit beban yang dipikul mereka dalam meneruskan kehidupan mengharungi fenomena pandemik COVID-19.

Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke :-

Akaun : MaaruCARE
No. akaun : 1222 5010 0134 88
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor