Home Berita PAS Kedah

Adun santuni pelajar cemerlang

23
SHARE

SUNGAI LIMAU, 6 Julai : Kelmarin Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Sungai Limau bersama sukarelawan PKOB santuni dan agih barangan dapur kepada mereka yang memerlukan. Agihan kelmarin melebihi 200 pek yang telah sampai kepada pengadu.

Hari ini, bermula awal pagi Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Sungai Limau diketuai Ustaz Mohd Azam Abd Samat menyantuni pelajar2 cemerlang SPM dan STAM dalam DUN Sungai Limau. Ziarah hari ini tertumpu kepada pelajar yang tinggal di Ulu Dulang, Dulang Besar, Kuala Sedaka, Simpang 4 Sedaka, KM 32 Sedaka Tengah dan Ulu Sedaka. Seramai 8 orang pelajar sempat diziarahi.

Semua pelajar yang cemerlang akan menerima saguhati wang tunai, sebuah buku dan akaun simpanan SSPN yang akan diuruskan oleh Pusat Khidmat DUN kepada pelajar yang masih belum ada akaun.

Perbincangan dengan pihak SSPN telah pun diadakan dan mereka akan membantu untuk mempercepatkan proses buka akaun tersebut. Insyaa Allah, setelah siap nanti kita akan maklumkan kepada semua pelajar terlibat.

Semasa ziarah juga, apabila ditanya tentang minat untuk sambung belajar di IPT, ramai yang telah mengisi pilihan mereka secara online. Hanya beberapa orang yang maklum akan sambung di tingkatan 6.

Walau apa pun, yang diharapkan adalah minat semua mereka untuk terus sambung belajar dan kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan mereka.