Home Berita PAS Perlis

ADUN Sanglang sumbang peralatan elektrik kepada mangsa banjir Yan

88
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 1 September: Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir Yan baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang Mohd. Shukri Ramli tampil menghulurkan bantuan buat mereka.

Sumbangan berupa peralatan elektrik dan wang tunai telah diserahkan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Jerai untuk diagihkan kepada mereka yang terlibat.

Menurut Mohd. Shukri, sebanyak 100 unit periuk nasi elektrik serta pemanas air elektrik telah diserah kepada ADUN Jerai, Ustaz Mohd. Azam Abd Samat untuk diagihkan.

“Alhamdulillah, baru-baru ini saya bersama-sama dengan para petugas PKWR DUN Sanglang serta Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perlis telah berkunjung ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Jerai untuk menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Selain peralatan elektrik, bantuan berupa wang tunai turut diberikan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan para mangsa banjir terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini.