Home Berita PAS Perlis

Penduduk terima ikan percuma secara pandu lalu

213
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 1 September: Penduduk yang tinggal di sekitar Behor Mali dekat sini menerima agihan ikan segar yang dibuat secara pandu lalu semalam.

Program berkenaan merupakan inisiatif terbaharu PAS Cawangan Titi Beratap dalam usaha membantu meringankan beban penduduk.

Menurut ketuanya Khairuddin Mohamed, pihaknya telah menyediakan sebanyak 200kg ikan segar untuk diagihkan kepada para penduduk.

“PAS sentiasa sedar dan prihatin dengan keadaan rakyat yang kini amat terbeban akibat pandemik Covid-19 yang turut memberi kesan terhadap pendapatan mereka.

“Maka, menerusi program ‘Mai Ambik Kami Bagi Ikan’ ini, kami berharap agar dapat membantu penduduk khasnya yang tinggal di kawasan ini dalam meringankan beban perbelanjaan harian mereka.

“Disebabkan agihan ikan dibuat secara pandu lalu, proses agihan dapat dibuat dengan lancar manakala penduduk tidak perlu hadir beramai-ramai dalam keadaan bersesak-sesak untuk mengambil ikan yang diagihkan,” katanya ketika ditemui di sini.