Home Berita PAS Perlis

Pelbagai program kebajikan bukti PAS prihatin nasib rakyat

89
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 1 September: Penganjuran pelbagai bentuk program berbentuk kebajikan merupakan bukti PAS tidak sekadar bercakap soal kebajikan rakyat.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar Ustaz Yussaine Yahya, PAS membuktikan keprihatinannya terhadap nasib rakyat menerusi pelbagai program di lapangan.

“Kita (PAS) bukan sekadar riuh di media sosial atau hanya lantang berucap dalam sidang Parlimen, memperjuangkan nasib rakyat tetapi kita berusaha membantu rakyat melalui pelbagai program kemasyarakatan yang dibuat dalam ruang kemampuan yang ada.

“Kita sedar, soal membantu rakyat ini soal tanggungjawab, soal amanah yang akan disoal nanti, bukan soal meraih populariti atau publisiti.

“Bahkan baginda Rasulullah pernah bersabda (maksudnya), mana-mana pemimpin yang menguasai urusan kaum Muslimin, tetapi tidak bersungguh-sungguh memerhatikan kepentingan kaumnya, tidak nasihat menasihati demi kebaikan dan kesejahteraan mereka, kelak dia tidak dapat masuk syurga bersama-sama mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujar beliau lagi, PAS Kawasan Kangar turut merancang pelbagai program dalam usaha meringankan beban rakyat.

“Insya Allah, untuk program terdekat ini, PAS Kawasan Kangar melalui JPrD Bintong akan mengadakan program Infaq Jumaat Ikan Temenung Percuma yang akan diadakan pada hari Jumaat nanti.

“Seluruh lapisan masyarakat yang amat memerlukan, tanpa mengira kaum dan fahaman politik, dijemput untuk hadir ke program ini yang akan diadakan di Markas PAS Padang Kota, untuk menerima ikan temenung (kembung) percuma yang akan diedarkan nanti,” katanya.