Home Berita PAS Selangor

Pemuda PAS Kumpul Dana Penubuhan SRITI Pertama Di Serdang

673
SHARE

Pemuda PAS Kumpul Dana Penubuhan SRITI Pertama Di Serdang

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin


BANGI, 4 Jun  – Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang malam tadi telah berjaya menganjurkan iftar jamaie bagi tujuan mengumpul dana penubuhan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Furqon yang akan dibangunkan pada tahun ini di Balakong.

Majlis Iftor yang diadakan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bandar Baru Bangi telah dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Dato Mohd Amar Nik Abdullah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah petang tadi sebagai tetamu terhormat.

Majlis turut meriah dengan kehadiran Timbalan Yang Di Pertua, Ustaz Nushi Dato Mahfodz, Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Serdang, Hj Asana Ali, Ketua Pemuda PAS Serdang Ustaz Rosli Jusoh dan barisan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Pemuda Kawasan dan ahli PAS Serdang yang turut menyumbang dana penubuhan institusi pendidikan ini.

Menurut Pengurus SRITI Darul Furqon Ustaz Bazli Badarudin, “SRITI Serdang akan ditubuhkan di kawasan Balakong kerana kita melihat Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Balakong sendiri kini menerima pelajar yang paling ramai terutama di PASTI Al-Ehsan di Taman Impian Ehsan”.

SRITI merupakan kesinambungan tarbiyah Islam yang menjadi menyambung sistem pendidikan dari PASTI di bawah Dewan Pemuda PAS. Maka penubuhannya sangat signifikan selaras dengan keperluan masyarakat yang inginkan pendidikan Islam sebagai didikan teras untuk membina jatidiri anak-anak.

Pengarah program Ifthor Jamiah ini, En Safarin Baharom semalam menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada semua atas hasil kerja keras seluruh ahli dan orang ramai yang menyumbang tidak kira dari segi kewangan dan tenaga.

{jathumbnail off}