Home Artikel PAS Perlis

ADUN PAS Puas Hati Kepatuhan SOP Pembukaan Sekolah

562
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim pagi tadi telah mengadakan lawatan ke tiga buah sekolah sempena pembukaan semula sekolah rendah yang bermula hari ini.

Lawatan bertujuan melihat pelaksanaan prosedur pembukaan sekolah yang dilaksanakan di sekolah-sekolah berkenaan.

Sekolah-sekolah yang dilawati ialah Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqan, Sekolah Kebangsaan Jelempok dan Sekolah Kebangsaan Serdang, dekat sini.

Ketika dihubungi, Mohd. Ridzuan berkata beliau berpuas hati dengan kelancaran proses pendaftaran kehadiran murid di sekolah-sekolah berkenaan.

“Alhamdulillah, kesemua sekolah yang dilawati mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada para pentadbir dan semua guru yang telah bertungkus-lumus melakukan persiapan selama beberapa minggu bagi memastikan proses kemasukan murid tahun 5 dan 6 yang berlangsung pagi ini dapat berjalan dengan baik dan lancar,” katanya ketika ditemui di sini.