Home Artikel PAS Perak

Mulakan Sesi Persekolahan Dengan Semangat Baru ; Pesuruhjaya Perak

330
SHARE

Image may contain: 10 peopleSELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

1. Sesi persekolahan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam fasa pemulihan sudah pun bermula. Pasti ada pelbagai ragam anak-anak yang kita akan lihat. Suasana indah buat ibu bapa semua menghantar mereka ke sekolah pada hari pertama kali ini pasti menjadi kenangan berharga.

2. Juteru itu, pasti ibu bapa semua mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak dari segi pembelajaran, keselamatan dan lain-lain. Saya yakin, pihak sekolah sudah pun membuat yang terbaik. Pelbagai inisiatif telah dilakukan di peringkat sekolah bagi memastikan keselamatan anak-anak kita semua terjamin.

3.Marilah kita mengamalkan doa ini untuk kesejahteraan ilmu dan pendidikan yang berterusan.

‎اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima.”
Hadis Riwayat Ibnu Majah

4. Semoga dengan usaha ini, anak-anak kita akan menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran berkesan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pendidikan, modal insan dan seterusnya mampu membesar baik bagi menabur bukti kepada negara tercinta.

Selamat memulakan sesi persekolahan pasca PKPP dengan penuh semangat dan ceria.

YB TUAN HAJI RAZMAN BIN HAJI ZAKARIA
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO Dan Masyarakat Sivil
15 Julai 2020 | 24 Zulkaedah 1441h