Home Berita PAS Kedah

ADUN Pantai Merdeka lawat ladang ternakan arnab di Kampung Seberang Tok Soh

197
SHARE

Oleh ANA NAJWA

PINANG TUNGGAL – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim melawat ladang peserta Kursus Ternakan Arnab Pedaging, Ustaz Osman Mad Isa di Kampung Seberang Tok Soh, di sini, baru-baru ini.

Ustaz Osman merupakan salah seorang peserta Kursus Ternakan Arnab Pedaging yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pantai Merdeka dengan Kerjasama Exco Pertanian kerajaan negeri kedah serta Jabatan Veterinar.

YB Ustaz Ahmad Fadzli berkata kursus tersebut dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang ternakan arnab di negeri Kedah iaitu Ceq Lah Agro Farm.

 

“Kita berharap agar projek seperti ini menjadi projek contoh serta mampu berfungsi sebagai pusat ternakan, pengeluaran daging seterusnya sebagai pusat rujukan kepada pengusaha-pengusaha baru yang berminat dalam ternakan arnab pedaging ini.

“Ternakan Arnab Pedaging ini boleh dikategorikan dalam bidang yang jarang diusahakan oleh masyarakat namun mempunyai potensi besar dari sudut menambah pendapatan,” katanya.

Tambahnya, antara agensi yang memberikan khidmat nasihat berkaitan ternakan arnab pedaging ialah Jabatan Veterinar.

Pihak YB ADUN mendoakan semoga projek ternakan yang diusahakan oleh ustaz Osman terus berkembang dan berjaya serta menjadi model ikutan kepada para usahawan ternakan arnab yang baru berjinak-jinak dengan ternakan ini.

Hadir sama Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pantai Merdeka, En Saifulazli Ahmad.