Home Berita PAS Kedah

ADUN Kupang rai penduduk gotong-royong bina jalan

78
SHARE

Oleh AMAL NABILA

KUPANG, 24 Okt – ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B) hadir ke majlis meraikan sukarelawan yang bergotong-royong membina empat jalan menggunakan batu kasaran di Kampung Charok Sikin, baru-baru ini.

Turut terlibat beberapa pemandu lori jengkaut dan traktor yang memberikan perkhidmatan secara percuma.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Charok Sikin, Mohd Rosli Salleh, seramai 30 penduduk yang terlibat dalam operasi gotong-royong ini.

“Penduduk kampung menjemput YB Najmi Ahmad bagi meraikan dan penghargaan kepada kesemua pemandu jentera yang sanggup memberikan perkhidmatan secara percuma dalam aktiviti membina jalan ini.

“Pada zaman kini bukan mudah untuk mendapatkan perkhidmatan percuma daripada pemandu lori, traktor dan jengkaut namun mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan jentera mereka,” katanya.

Katanya lagi, batu kasaran disumbangkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang dan Ahli Parlimen Baling, YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim.

 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”