KUALA KETIL – Bencana ribut yang melanda di Parit Panjang baru-baru ini mendapat perhatian ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria.
Ribut ini telah mengakibatkan kerosakan rumah 23 penduduk dan sebahagiannya adalah peniaga di sekitar bulatan Parit Panjang.
Katanya, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Ketil menyampaikan sumbangan RM200 bagi setiap keluarga yang terlibat.
“Semua kerosakan telah dibaiki. Pihak JKM juga turun melawat dan membuat tafsiran kerosakan serta dimaklumkan bantuan akan disalurkan selepas ini,” ujarnya.