Home Kenyataan Media PAS Selangor

Guru Anugerah Terindah

805
SHARE

PERUTUSAN KHAS SEMPENA HARI GURU
DEWAN ULAMAK PAS SELANGOR

Guru Anugerah Terindah

1 – Tanggal 16 Mei, setiap tahun kita akan menyambut Hari Guru, bagi meraikan jasa dan pengorbanan golongan pendidik di negara ini.

2 -Tidak kira, samada guru di sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan, pondok, maktab, sekolah swasta mahupun sekolah milik persendirian maka kita akan dapat melihat tanggal 16 Mei diraikan dengan meriahnya. Kebetulan pula pada tahun ini, sambutan 16 Mei jatuh pada Ramadhan, besar nilainya tatkala umat Islam berpuasa dan ia diraikan.

3- Kita sering mendengar keluhan para guru mutakhir ini yang dibebankan dengan kerja-kerja pengkeranian, bukan sahaja hanya tertumpu kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas (P&P).

4- Maka beban ini saban hari semakin menggunung, walaupun mereka sendiri terpaksa berdepan kerenah sistem pendidikan yang kerab bertukar setiap kali bertukarnya menteri. Apabila anak-anak murid tidak mencapai kejayaan yang diharapkan ibubapa, maka guru juga dipersalahkan. Ini semua mehnah yang terpaksa mereka hadapi, dan mereka hadapinya dengan tenang.

5 – Guru Ibarat Lilin, Membakar Diri Menerangi Malam, mereka menjadi penyuluh ilmu dan menjadi jambatan menghubung gedung ilmu kepada penuntut atau pelajar. Mereka berkorban masa, jiwa dan tenaga demi kasihnya mereka kepada anak bangsa kerana mahu melihat kejayaan dicapai.

6 – Beruntunglah kita dengan adanya golongan ini, kerana hari ini hasil didikan mereka ada yang bergelar Perdana Menteri, menteri, orang politik, doktor, jurutera dan sebagainya, semuanya kerana bidikan guru yang komited menjalankan tugas.

7- Tidak lupa bahawa dalam kalangan golongan guru ini, adanya kumpulan guru agama, samada yang mengajar secara rasmi, yang mengajar di pondok atau mengajar secara kelas bebas yang digelar tok-tok guru..Jasa dan pengorbanan mereka ini tidak harus dipandang enteng kerana bidikan hikmah merekalah sahsiah dan akhlak terjaga.

8 – Kepada pihak kerajaan, lihatlah kebajikan mereka agar golongan yang membina tamadun anak bangsa ini terus diletakkan sebaris golongan profesional lain dan diiktiraf peranan mereka sebaiknya.

Selamat Hari Guru buat Tok-tok Guru, Cikgu, Sir, Sifu, Sensei, Teachers dan mereka yang menjadi pendidik di seluruh negara khasnya di negeri Selangor ini. Jasamu membina negara sentiasa akan dikenang dan dihargai.

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua
Dewan Ulamak PAS Selangor
16 Mei 2019M / 11 Ramadhan 1440H

https://www.facebook.com/462597187146367/posts/2777053422367387?sfns=mo