Home Artikel PAS Pahang

Adun Damak Islamkan seorang Cina

1149
SHARE
Ustaz Zuridan (dua, kanan) sedang mengisyaratkan kalimah syahadah kepada Leow dengan disaksikan PAID dan pegawai MUIP Jerantut

 

JERANTUT: Itulah kehebatan Ustaz Zuridan Mohd Daud, bukan setakat wakil rakyat, bukan pemimpin ulamak PAS Pahang, juga melalui ‘sentuhannya’ dengan izin Allah, terbuka hati seorang Tionghua untuk memeluk Islam.

 

Adun Damak, dalam postingnya memberitahu, semalam, 18 Februari 2020 berlangsung majlis pengislaman Leow. Majlis disaksikan oleh al-Fadhil Tuan Kadi Daerah Jerantut Ustaz Syarifuddin Mohamad Saad, Pegawai MUIP Jerantut Ust Nik Tarmizi Nik Lam dan Azlan Zakaria Pegawai Khas ahli Parlimen Jerantut.

 

Turut hadir ialah ahli sekretariat ADUN Damak dan guru-guru Maahad Dirasat Diniyyah (Madad).

 

“Hasrat beliau untuk memeluk Islam diberitahu kepada saya ketika program ziarah kaum Tionghua di Sungai Jan baru-baru ini.

 

“Apabila diminta cadangan nama muslimnya, en Leow kata minta YB berikan. Saya namakannya Muhammad Leow,” tulisnya.

 

Semoga Allah Taala permudahkan urusan beliau mendalami Islam dan istiqomah hingga ke akhir hayat.

 

Kadang-kadang, ada musuh-musuh yang menuduh PAS sebagai keras, jumud dan sebagainya. Walhal hakikatnya tidak begitu malah jauh sekali. Mereka melihat dari luar PAS. Sedangkan PAS adalah sebuah parti tarbiyah, dakwah dan siyasah. Demikan adanya.