Home Artikel PAS Pahang

PAS harap Pihak Berkuasa Tempatan batalkan funfair Jengka

582
SHARE

 

 

 

PAS Pahang berharap Majlis Daerah Maran (MDM) segera membatalkan kelulusan operasi pusat hiburan (funfair)  di Bandar Jengka yang berpenduduk lebih 90 peratus orang Islam.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Aris Hazlan Ismail, berkata, apatah lagi bulan Rajab, iaitu bulan yang mulia dalam Islam hanya beberapa hari sahaja lagi menjelang.

Beliau yang juga merupakan anak tempatan Jengka, mengingatkan masih ada masa untuk pihak Pihak Berkuasa Tempatan membatalkan kelulusan yang sengaja diberi kepada syarikat pengendali.

“Budaya apa yang nak diterap menerusi funfair? Sedangkan penduduk Jengka lebih 90 peratus beragama Islam, malah Adun Jengka merupakan seorang Hafiz Al Quran, yang sepatutnya disegani.

“Apa lagi yang nak dibanggakan, sedangkan rakyat setempat membantah, alim ulamak bantah, YB bantah, Exco agama juga nasihat jangan buat.

 

“Kenapa MDM pula yang beriya-iya nak luluskan juga?,” soalnya.

 

Beliau berkata, funfair ini bukanlah isu baru kerana sejak Ustaz Datuk Tuan Ibrahim dulu (1999-2004) sudah dibuat bantahan namun MDM luluskan juga.

 

Tambahnya lagi, kononnya pihak terbabit memberitahu bahawa kali ini tiada unsur perjudian.

 

Namun apabila Adun dan Pegawai Agama Jengka dan Maran pergi melawat tapak, didapati tetap ada juga unsur perjudian di situ.

 

“Pandangan saya, kalau tak ada judi sekalipun, funfair bukan perkara yang bagus. Ia tetap membawa budaya hedonisma yang tidak bersesuaian dengan masyarakat Islam.

 

“Umat Islam yang prihatin masih lagi  bersedih dan terkilan di atas kelulusan konsert hanya beberapa meter di hadapan Masjid As Syakirin Maran beberapa minggu lalu.

 

“Janganlah lagi dibakar perasaan umat ini dengan funfair sempena kedatangan bulan Rajab ini. Justeru umat Islam perlu bangkit dan bantah!

 

“Dan masih ada masa utk MDM batalkan kelulusan yang diberi”.