Sebanyak 405 kampit beras telah di edar ke seluruh kampung melalui 27 pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Kompleks PAS Pokok Sena, di sini.
“Hari ini kita telah selesai mengedarkan 15 kampit beras kepada semua pengerusi JPKK untuk diedarkan kepada para dhuafa yang telah disenaraikan” ulas beliau semasa menyampaikan ucapannya tadi.
Beliau turut memperingatkan kepada semua pengerusi JPKK yang hadir agar sentiasa peka terhadap kesusahan masyarakat, kerana semua AJK JPKK merupakan mata dan telinga pihak Kerajaaan Negeri Kedah.
Turut hadir Pengerusi Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bukit Pinang, Ustaz Daud bin Ahmad.
Di akhir pertemuan Majlis Yang dijalankan secara ringkas ini, Wan Romani sempat menyampaikan sedikit “duit daging” kepada semua yang hadir.