Oleh AMAL NABILA
YAN, 19 Okt – ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Samat menyerahkan sumbangan khairat kematian kerajaan negeri kepada lapan waris di dalam DUN Sungai Limau, semalam.
Beliau sempat menziarahi warga emas, Hassan Mat Isa di Batu 12, Bukit Besar yang mengalami sakit tua dan lumpuh separuh badan selepas majlis penyerahan tersebut.
Mohd Azam turut memberikan sumbangan kerusi roda bagi membantu pergerakan Hassan melakukan aktiviti seharian.