Home Berita PAS Kedah

ADUN Ayer Hitam ziarah dan santuni warga emas dan pesakit lumpuh

138
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam YB. Cikgu Azhar Ibrahim turun menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas pesakit lumpuh di Pida 5 daerah mengundi Matang Bonglai, baru-baru ini.

Makcik Som Hamid yang mengalami sakit saraf telah menerima sebuah katil dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Ayer Hitam.

Menurut YB lagi, beliau menziarahi Hj. Yaakob Shaari warga emas yang uzur, Mariam Abd Kadir dan Zuwariah Hamid yang mengalami sakit lumpuh separuh badan.

Dengan kehadiran YB. Cikgu At, mereka amat berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan tanda ingatan.

Inilah sifat keprihatinan YB yang sentiasa cakna tentang kebajikan masyarakat kampung.

Turut hadir bersama Penyelia Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Ayer Hitam Ustaz Asri Abdullah dan Ketua Biro Kebajikan PKWR Mohd Rodzi Md Isa.