Home Berita PAS Kedah

ADUN Ayer Hitam rasmi Mesyuarat Agung PIBG SMA Hidayah Islamiah

53
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM – Yang Berhormat Cikgu Azhar Ibrahim (Cikgu At) dijemput merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-16 di Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, Alor Biak pada 23 Jun, baru-baru ini.

Menurut YB, Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah adalah antara SBAK terbaik dan pernah menduduki tangga teratas peringkat Negeri.

“Cabaran untuk anak-anak zaman sekarang cukup besar untuk mereka harungi, berbanding di zaman kita 30-30 tahun yang lalu.

“Mereka perlu bersedia untuk menghadapi cabaran itu dan kita lah, yang akan mencorak dan membimbing mereka untuk menghadapi cabaran itu,” ujar YB.

Katanya ibu bapa dan guru perlu saling memahami, saling menghormati dan saling bekerjasama untuk sama-sama mendidik dan melahirkan anak-anak yang boleh memimpin atau membawa negara kita ke arah yang lebih makmur, aman dan sejahtera demi kebaikan mereka juga.

Turut hadir dan berucap ialah daripada Yang Dipertua PIBG, Ustaz Raja Azriffudin Raja Azam dan pemangku Pengetua, Puan Noor Adha Abdul Rahim.