Oleh : Ibnu Janie
Krubong : Keadaan jalan raya untuk masuk ke Masjid Cina Melaka di Krubong yang rosak menimbulkan rasa kurang selesa mereka yang ingin menziarahi masjid ini.
Tinjauan Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ke Masjid Cina Melaka pagi tadi mendapati memang terdapat beberapa lubang dan kerosakan di jalanraya tersebut.
Ini boleh memberikan imej yang buruk kepada Negeri Melaka memandangkan masjid ini merupakan salah satu tumpuan pelancong dari dalam dan luar Melaka. Lebih-lebih lagi Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen merupakan Pengerusi Masjid Cina Melaka ini.
Menurut maklumat dari beberapa individu yang biasa berjemaah di sini mengatakan yang jalan yang rosak itu sudah berlaku sekian lama, namun tiada sebarang tindakan untuk memperbaikinya.
Seorang pengunjung yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, adalah sesuatu yang pelik apabila kerajaan Melaka tidak melakukan sesuatu untuk memperbaiki jalan yang rosak itu memandangkan jalan itu turut digunakan mereka yang menggunakan kompleks-kompleks sukan di Stadium Hang Jebat bersebelahan.
Harap pihak kerajaan Negeri Melaka dapat ambil perhatian.