Home Berita PAS Melaka

Aduan rakyat : ‘Judi onlline’ di Telok Mas, apa tindakan?

563
SHARE

Oleh ABU HARITH

KOTA MELAKA 16 Mac : “Judi online dekat sini macam cendawan tumbuh lepas hujan. Macam tak ada kawalan pun. Dia orang buat (secara) terang-terang.

“Macam tak takut undang-undang. Saya tengok sambutan anak-anak muda Melayu Islam pula memang membimbangkan.”

Ini luahan seorang penduduk di Taman Seri Telok Mas, Khairul Azman (bukan nama sebenar) mengenai situasi judi dalam talian yang berlaku di taman ini kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) semalam.

“Biasanya saya tengok mereka buat kegiatan ni dekat kedai-kedai makan. Kadang-kadang kita boleh nampak kedai-kedai yang mencurigakan.

“Ada yang beroperasi di kawasan kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berhampiran taman ini, terutama di waktu malam,” tambah beliau lagi.

Khairul sangat berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap aktiviti tidak bermoral ini.

Agen-agen judi dalam talian kerap dilihat melepak di kedai-kedai makan menunggu pelanggan

“Tolong banteras segera sebelum timbul masalah-masalah lain ataupun makin merosakkan akhlak penduduk sini kesan judi ni,” tegas beliau mengakhiri sesi temuramah yang diadakan.

Hasil tinjauan yang dibuat oleh WARM juga mendapati adanya tindak-tanduk yang mencurigakan terutama di lokasi-lokasi yang telah dimaksudkan oleh pengadu seperti membenarkan lagi apa yang telah dinyatakan di awal temuramah.