Home Berita PAS Kedah

Aduan jalan rosak diambil tindakan segera

412
SHARE

 

Oleh: Nor Fatin

ALOR SETAR, 1 FEB – Aduan jalan rosak akan diambil tindakan segera oleh pihak MADA.

Aduan yang diterima oleh YB Dr Abdul Ghani daripada pihak kampung tentang kerosakan jalan telah dipanjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Hasil daripada perkara tersebut, pihak MADA telah menghubungi YB Dr Ahmad Ghani untuk melihat sendiri kerosakan jalan yang dilaporkan.

Jalan yang rosak melibatkan 5 buah jalan iaitu jalan di Kuala Kerpan, Jalan Masjid Kerpan, Matang Kerengga, Pida 16 Sanglang dan Matang Mahang.

Hasil daripada pertemuan itu, pihak MADA akan mengusahakan untuk penambahbaikan segera seusai memperoleh peruntukkan kerajaan menerusi Bajet 2023 nanti.

Dalam masa yang sama, pihak MADA juga turut memberi cadangan agar perkara ini disuarakan kepada pihak kerajaan untuk menambah bajet penyelenggaraan jalan dan pembersihan terusan tali air kepada jumlah yang muhasabah mengikut keperluan semasa.

YB Dato’ Ahmad Ghani mengatakan yang beliau akan menyuarakan cadangan tersebut.

“Insyaa-Allah perkara ini akan saya suarakan dalam perbahasan Bajet 2023 pada pertengahan bulan ini’ katanya.