Home Artikel PAS Melaka

Adik Aqif Asyraf sudah dipindahkan wad biasa.

507
SHARE

Oleh ZUL SHAM MAHAT

MASJID TANAH, 7 Mei : Pelajar PASTI Al Jali, adik Muhammad Aqif Asyraf Muhamad Rasidi, 6, yang ditimpa kemalangan jalan raya dalam tragedi pokok tumbang di Hutan Simpan Sungai Udang baru-baru ini kini berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa di Hospital Seremban.

Sebelum ini satu pembedahan di kepala telah dilakukan oleh doktor untuk membuang darah beku dalam kepala pelajar tersebut dan beliau diletakkan dalam Wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ayah beliau, Muhamad Rasidi Abu Bakar, ketika dihubungi menzahirkan rasa sangat bersyukur apabila keadaan anaknya menunjukan perubahan di mana kakinya sudah boleh bergerak dan matanya boleh dibuka bila dipanggil.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya. Asyraf dah boleh bernafas tanpa bantuan oksigen dan boleh minum susu yang diberi,” ujar beliau ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) semalam.

Namun begitu beliau tetap berharap anaknya akan terus pulih seperti sedia kala walaupun mengambil masa untuk berbuat demikian.

Mereka yang ingin mengambil peluang beramal sempena Ramadan ini bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga adik Aqif Asyraf boleh memberikan sumbangan ke akaun bank ayahnya seperti terteta di bawah : 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .