PAROI 11 Mac 2018 – Sukaneka PASTI Rembau di Taman Tasik Jaya, Senawang hari ini secara tidak langsung telah memberi manafaat kepada penduduk sekitar terutamanya warga Apartment Seroja apabila program khidmat masyarakat antaranya pemeriksaan kesihatan, agihan sumbangan serta gunting rambut percuma telah diadakan.
Ustaz Haji Mustafa bin Dolah selaku Bendahari PAS Negeri Sembilan turut bersama mengagihkan sumbangan kepada penduduk setempat.