Home Berita PAS Pahang

Tohmahan dan sinis kepada PAS kebelakangan ini

854
SHARE

Beberapa tohmahan dan sinis kepada PAS kebelakangan ini yang mari dari pelbagai jenis orang :

1. PAS parti suci
2. Ramai profesional bijak pandai tetapi dilembukan oleh agamawan sehingga jadi pak turut.
3. PAS bukan agama.

Komen saya :

1. Terima kasih kerana mendakwa PAS parti suci. Itu satu penghormatan yang berlebihan buat kami. Seolah2 yang berkata tu mengaku yang parti mereka atau parti selain PAS kotor (lawan suci). PAS tidak pernah mengatakan kita maksum atau tiada kesilapan. Manusia mana-mana pun berbuat silap dan salah. Bukti PAS pernah silap ialah menaikkan dan memilih pemimpin seperti mantan pemimpin PAS yang dah keluar dan tubuh PAN. Tapi ahli cepat sedar dan kembali membetulkan keadaan dengan tidak memilih mereka. Terbukti mereka bermasalah sehingga keluar PAS dan menubuhkan PAN. PAS tidak suci, tetapi PAS bersungguh2 memperjuangkan Islam sebagai sebuah agama yang suci dan cara hidup yang benar bersumberkan kitab suci dan sunnah Nabi.

2. Bila ramai profesional dan cerdik pandai dari pelbagai bidang bersama dengan PAS, ini bukan bermaksud mereka berjaya diperbodohkan atau diperlembutkan oleh ulama’ dalam PAS. Takkan lah orang cerdik pandai yang ramai begitu boleh mudah diperbodohkan dan taksub. Itu bukti bahawa PAS benar sehingga mereka dengan kecerdikan yang dimiliki boleh menerima hujjah PAS. Mungkin yang menuduh itu sebenarnya taksub dengan pandangan sendiri, tidak open minded dan tak sanggup menerima realiti kebenaran dan kebaikan PAS. Atau mungkin individu itulah sebenar berfikir sempit dan taksub dengan diri sendiri.

3. Tiada siapa pun kata PAS adalah agama. Tiada pun dalam silibus tarbiah atau dokumen rasmi PAS yang mengatakan demikian. Sebab itu dalam perlembagaan PAS ada bab tatatertib. Di antara salah satu hukuman ialah dipecat keahlian. Takkan agama nak pecah penganut? PAS adalah sebuah jamaah yang ingin berjuang untuk menegakkan Islam. Berjuang menegakkan Islam adalah kewajipan seluruh orang Islam. Dalilnya sangat banyak. Kewajipan berjuang Islam secara berjamaah adalah satu ubudiyyah. Sama juga solat, solat berjamaah, puasa, jual beli, nikah kahwin, menyusu anak, sediakan nafkah rumah, makan dan pakai untuk tanggungan, laksana hudud dan qisas dll adalah ibadah atau tanggungjawab ubudiyyah dalam Islam. Sekarang, bagaimana kalau ada orang tanya ; Menyusu Anak tu Agama ker? Menikah tu Agama ker? Puasa tu Agama ker? hah… amacam? lu fikir lar sendiri…

Al Fadhil Ustaz Hazmi Dibok

Ketua Pemuda,

PAS negeri Pahang