Home Berita PAS Perlis

PAS Perlis Kehilangan Tokoh Ulama

2080
SHARE
Oleh: Noor Sara Mashitoh
KANGAR : Telah kembali ke rahmatullah Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis yang juga Ketua Urusan Ulamak PAS Kangar, Allahyarham Ustaz Salleh Adam pada pagi Jumaat 27 Oktober 2017.

Almarhum pergi meninggal seorang balu, Azizah Lebai Yahya dan 11 orang anak setelah disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung di Hospital Tuanku Fauziah, di sini.

Ustaz Salleh berasal dari Kubur Panjang, Pendang Kedah dan telah bermastautin serta berkhidmat dengan PAS Perlis sejak dari muda lagi.

Jenazah Almarhum telah disolatkan di Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi (MATIN), Kampung Abi Padang Machang, di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan MATIN.

Turut hadir di majlis pengebumian almarhum ialah Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli, Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Yusainee Yahya dan Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis Ustaz Idris Yaakob. – HARAKAHDAILY 27/10/2017