Home Berita PAS Johor

Adun Puteri Wangsa Rasmi Kuliah Dhuha, Santuni Warga Kangkar Tebrau

1469
SHARE

KANGKAR TEBRAU – Hanya dengan ilmu yang sahih,manusia akan dapat menjalani hidup dengan lebih terarah. Sehubungan dengan itu,PASTI Taman Bukit Mutiara telah menganjurkan siri kuliah dhuha. Majlis Perasmian Kuliah Dhuha tersebut telah dilaksanakan pada 20 Oktober yang lalu.

Majlis dimulai dengan ucapan alu- aluan Pengacara Majlis,Ustaz Jauhar bin Ali selaku Ketua Cawangan PAS Kg. Kangkar Tebrau.
Kemudian majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Batrisyah dan Dayana yang merupakan Alumni pelajar PASTI Taman Bukit Mutiara.

Sementara itu,penyampaian Kuliah Dhuha buat kali pertamanya telah disampaikan oleh YB Ustaz Abdullah bin Husin,selaku Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor merangkap ADUN Puteri Wangsa. Sekaligus merasmikan kuliah dhuha bulanan PAS Cawangan Kg. Kangkar Tebrau.

Seterusnya,majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan dua buah nasyid anak-anak PASTI Taman Bukit Mutiara manakala persembahan Berzanji dan Marhaban oleh Kumpulan Yasinan dan Marhaban Siti Aisyah.

Selain itu,semasa majlis penutupan berlangsung,YB Ustaz Abdullah bin Husin telah memberi sumbangan dan menyantuni tiga orang asnaf dari Flat Desa Mutiara yang terdiri daripada golongan fakir miskin,OKU,dan warga tua.

Majlis berjalan dengan jayanya serta bertambah meriah dengan kehadiran 60 orang tetamu yang terdiri daripada masyarakat setempat. Semoga Program Dhuha yang akan datang berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Kg. Kangkar Tebrau.