Iktibar 1.58 Pagi di Puncak Perlus
Semuanya bermula dengan borak borak whatsapp berkenaan nostalgia Bukit Broga yang kami daki kira-kira 2 tahun lepas bersama-sama sekumpulan pemuda sebelum muktamar panas di Kuala Selangor.
Tiba-tiba Ketua Pemuda Hulu Langat menghubungi saya bertanya khabar kiranya saya berminat untuk mengeksplorasi hutan Hulu Langat untuk sampai ke puncak Perlus yang merupakan jiran kepada gunung Nuang yang menjadi igauan para pendaki di sekitar sini.
Alhamdulillah hasil usaha beberapa hari sebelum iktibar 1.58 Perlus , kami bertekad untuk mendaki jeram tersebut bersama-sama 7 orang pemuda yang masing-masih belum kami kenali secara rapat bahkan sebahagian mereka belum pernah kami temui.
Seperti yang dijanjikan jam 8 malam ketua pemuda Hulu langat dan ansarnya datang berkunjung ke rumah saya menjemput menjadi tetamu rimba.
Setelah solat isyak di surau kayu di jalan Sg Lui kami singgah sebentar di restoran tomyam berhampiran tepi jalan sebagai bekalan melalui perjalanan panjang pada malam itu.
Restoran biasa tapi meriah dengan otai-otai penduduk tempatan. Sempat bertemu dengan otai lama penduduk disitu yang juga merupakan kenalan saya.
” Hai ustaz , pergi mana malam-malam ni?” tanya bertanya seolah-olah terkejut saya bertandang ke kampungnya hampir larut malam.
” Daki gunung Perlus, ikut orang muda” jawab ringkas saya sambil melontar pandangan kepada Zurk, Zul, Hafiz, Azim Khairi dan Ustaz Zairi yang sedang berselera menjamu santapan malam.
Pemandu kami malam itu
ialah saudara Khairi seorang pemuda yang bersemangat dan senantiasa ceria menghidupkan suasana malam yang kelam.
“Jom bertolak !” kami menghabiskan hirupan sup ekor yang terakhir bergegas menaiki K
uda Nissan Ketua Pemuda Hulu Langat menuju ke perkampungan orang Asli di Sg Gabai.
Salakan anjing yang sambung menyambung menyambut kehadiran kami bertujuh tepat hampir jam 11 malam.
Dengan headlamp dinyalakan dan segala persiapan sepertimana yang dinasihatkan kami bertolak tepat ham 11 malam membelah lecah malam !
Tiba-tiba bila melalui rumah terakhir orang Asli seorang penduduk kampung tersebut sempat menyapa kami ” Aik ….daki malam ke ? hati-hati ada rimau nanti ! “kami berlalu terus menuju ke kaki bukit.
Tidak bercakap
Sepanjang perjalanan menuju puncak menepis jalaran pokok yang menghalang kami , hampir semua daripada kalangan pendaki tidak bercakap kerana masing-masing sibuk menepis dahan dan buluh fokus kepada denai yang dilalui.
Terlintas juga barangkali inilah pengajaran dalam perjuangan, kalau masing-masing sibuk menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diberikan, maka sudah tentu mereka tiada masa menyibukkan diri melihat kelemahan orang lain.
Team Leader
Sepanjang perjalanan juga , arahan dari team leader kami saudara Khairi dipatuhi tanpa banyak soal. Seingat saya tidak terdengar dari kami sebarang komen memandangkan suasana yang getir dan gelap menuntut kami memasang telinga mendengar hanya arahan dari beliau.
Barangkali ianya menjadi pengajaran yang penting dalam sesuana yang getir menuju puncak kejayaan secara berjamaah , kepatuhan adalah elemen penting untuk melicinkan lagi matlamat mencapai puncak kejayaan.
Binokular Yang Hilang
Kami tidak dapat melihat apa-apa di sekeliling kami namun begitu alhamdulillah kami berjaya merentasi perjalanan selama 3 jam dalam gelap dan tiba tepat jam 1.58 pagi.
Dalam perjuangan ini juga begitu , kalau kita asyik memikirkan tentang kemucup dan musuh sahaja , kerja kita mungkin banyak bakal terbengkalai dan tertangguh. Abaikan segala gangguan sampingan dan banyakkan berfikiran positif.
Mungkin ada juga benarnya kata-kata Jack Ma pada tahun 2008 :
” Dalam pertempuran, askar tidak sepatutnya mempunyai binokular yang membolehkan mereka melihat keadaan di hadapan. Ini kerana, apabila komander pasukan mengarahkan serangan, askar mungkin berfikir , ” Alamak ! Kami boleh melihat pihak musuh ada tiga laras mesingan. Mungkin lebih baik kita berundur”
Pada pagi keesokannya kami sempat berusrah menceritakan iktibar-iktibar yang boleh kami ceduk sepanjang pendakian menakluk puncak Jeram Perlus disamping berkenalan antara satu sama lain.
Selepas Zohor kami bertolak pulang dan selamat tiba di perkampungan orang Asli jam 5 petang. Bila pulang terserempak dengan penduduk tempatan yang kami temui di restoran tomyam pada malam kami bertolak itu. Dia sempat menyapa saya :
” Ustaz , kami geleng kepala semalam bincang bab ustaz dan team ustaz yang daki Perlus jam 11 malam, kami naik pagi sahaja pada kebiasaannya “
Saya senyum dan terus berlalu. Sampai sahaja di rumah, saya terus buka whatsapp dan terima satu pesanan dari Zurk Ketua Pemuda Hulu Langat yang maklumkan beliau google tentang lokasi pendakian kami semalam dan beliau temui info ini setelah sebahagian kami mengadu rasa diekori semalam dalam perjalanan pulang. Info yang Zurk kongsikan adalah seperti berikut :
“Be aware that this forest is very much virgin, and it is home to the notorious man killer, sun bear!”
Nazmi Nik Din