Home Artikel PAS Perlis

Muslimat PAS Perlis Diseru Hadiri JELAS 3.0

759
SHARE

Oleh: Najah Izzati

KANGAR : Jelajah Saidatina Khadijah (JELAS) 3.0 bakal tiba di Negeri Perlis. JELAS merupakan satu program kelolaan Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Negeri-negeri.

Program ini dijadualkan pada 29 Oktober 2017 pada jam 8.30 pagi yang bertempat di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS).

Siri JELAS 3.0 diadakan di setiap negeri untuk memberi penerangan kepada ahli berhubung isu-isu dalaman dan luaran, khususnya yang melibatkan PAS sekali gus memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa.

Melalui program ini, ahli-ahli Muslimat PAS di setiap negeri akan dibekalkan dengan pelbagai maklumat penting untuk disampaikan kepada pengundi bagi memastikan para pengundi mendapat gambaran yang jelas tentang PAS.

Saf Pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis (DMPNPs) menyeru muslimat seluruh pelosok negeri ini untuk bersama-sama hadir ke program ini.