Jerantut – 20 Ogos 2017
Program yang padat dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pahang selama 2 hari bermula pada hari sabtu dan berakhir semalam, di Jerantut.
Dianggarkan kehadiran adalah 800 orang secara keseluruhan. PAS Pahang komited untuk memenangi 3 kerusi panas di Pahang iaitu Parlimen Indera Mahkota, Kuantan dan Bentong dan dun-dun di dalamnya, bagi membawa suara Islam di dalam dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Tidak ketinggalan Dun Mentakab yang juga bakal menampilkan calon dari PAS.
Atas dasar itu, pemuda PAS Pahang berjaya menghimpunkan jentera pemuda untuk disampaikan mesej penting tersebut dan berikrar untuk memastikan BN tidak lagi diberi peluang menerajui kerajaan negeri Pahang. Pemuda sudah bersedia untuk memenangkan Islam di Pahang.
Dr Firdaus Ismal
Ketua Penerangan,Dewan Pemuda PAS Pahang