Home Berita PAS Pahang

Futsal Piala Ahli Parlimen Temerloh Meriah

1178
SHARE

Temerloh – 27 Ogos 2017

Sebanyak 32 pasukan sedang berentap pada Kejohanan Futsal Tertutup Piala Ahli Parlimen Temerloh yang berlangsung di One Touch Futsal sejak awal pagi tadi. 

Kejohanan ini dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda DPPK,  Ustaz Zaharim Ishak yang mewakili Yb Ustaz Nasrudin Hasan yang tidak dapat hadir kerana menguruskan majlis perkahwinan adinda beliau. 

Pengarah program, Saudara Syukri Mohamed mengucapkan terima kasih kepada semua pemain dan penyokong yang mengikut segala peraturan serta tenaga urusetia yang membantu kelancaran program ini.