17 Jun 2017, Miri Sarawak : Pengisian Kuliah Subuh Ustaz Muhammad Khalil di Surau Tudan.
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang bathil).”
(Surah al-Baqarah, Ayat 185)
- Hidup atas dunia ini perlu kepada panduan atau manual. Panduan itu ialah panduan wahyu dan pedoman wakilnya iaitu Rasulullah yakni Sunnah. Tujuannya supaya manusia selamat.
- Perumpamaan seperti mesin basuh, perlu diguna sebagaimana manual, kalau tidak diguna sebagaimana manual atau diguna utk tujuan yang salah, maka mesin basuh tersebut akan rosak.
- Al-Qur’an mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW, yang kekal sampai akhir zaman.
- Al-Qur’an mendahului sains dalam pelbagai penciptaan menjadi bukti ia adalah wahyu Ilahi.
- Kita bertanggungjawab dan berkewajiban terhadap Al-Qur’an, antaranya yang utama ialah dengan MEMBACA AL-QUR’AN sesusah atau sesibuk mana sekalipun.
- Seterusnya, kita hendaklah MENTADABBURI AL-QUR’AN iaitu dengan memahami, menghayati dan menjadikannya panduan kehidupan. Al-Qur’an lampu suluh dan pelita kepada kehidupan.
- Kita juga perlu berusaha MENGHAFAL AL-QUR’AN, Fardhu ‘Ain wajib menghafal Surah Al-Fatihah yang menjadi rukun Solat. Al-Qur’an Kitab yang terpelihara yang dihafal ramai orang. Ramai Huffaz Al-Qur’an, sesuatu yang tidak ada pada Kitab Samawi yang lain.
- Kita turut bertanggungjawab MENYEBARKAN AJARAN AL-QUR’AN iaitu mesej yang terkandung di dalam Al-Qur’an, antaranya Syari’at Islam. Al-Qur’an merupakan panduan dalam segala aspek kehidupan. Kesenian dan kebudayaan ada panduan di dalam Al-Qur’an. Akhlaq berperang turut diajar melalui Al-Qur’an.
- Selain itu, kita juga bertanggungjawab MEMBELA AL-QUR’AN. Sentiasa menjadi kebanggaan kita dan akan membela ajaran-ajarannya.
- Akhirnya, gunakanlah Ramadhan ini untuk meningkatkan amal ibadah kita dan menjadikan Al-Qur’an sebagai pedoman. Sama-sama mengejar Lailatul Qadr. Kehidupan sebenar ialah kehidupan Akhirat, semoga kita semua cemerlang dunia dan Akhirat.
{jathumbnail off}