Home Berita PAS Pulau Pinang

Iftar Perdana PAS Kepala Batas

785
SHARE

Sabtu 22 Ramadan, 17 Jun. PAS Kawasan Kepala Batas seperti tahun-tahun lalu, sekali lagi telah menganjurkan Program Iftar Perdana PAS Kawasan Kepala Batas. Program ini bertujuan, untuk mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli PAS Kawasan Kepala Batas pada semua peringkat bermula di peringkat cawangan sehingga ke pimpinan kawasan.

Golongan yang kurang bernasib juga tidak dilupakan iaitu turut diadakan pemberian bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dalam memberi agar dapat meringankan beban yang mereka hadapi khususnya untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Seterusnya hadirin juga diingatkan tentang kepentingan bergerak kerja secara berjemaah dan perlunya meningkatkan jihad dan pengorbanan seperti yang telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Tuan Hj Fauzi Yusof di dalam tazkirahnya.

Program yang bertempat di Marzak Catering, Lahar Kepar, Kepala Batas ini telah bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ustaz Fauzi Yusof, Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Ketua Dewan Muslimat Barisan Pimpinan Pemuda, Muslimat dan Amirah Kawasan. Program yang berakhir pada jam 8.30 malam ini telah memberi sinar baru kepada penerima – penerima bantuan dan semangat perjuangan yang jitu kepada seluruh ahli PAS Kawasan Kepala Batas.

{jathumbnail off}