Sabtu | 6 May 2017 : Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor malam tadi meraikan petugas petugas anggota amal dengan Malam Ribat 3.0 yang bertempat di Darul Mujahiddin, Bt 9 Kebun Baru, Teluk Panglima Garang yang dihadiri seramai 300 peserta tidak kira peringkat umur dari semua peringkat kawasan.
Pertemuan malam tadi turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ust Muhammad Khalil Abd Hadi yang memberikan taujihat kepada anggota selepas solat maghrib dan beliau turut mengimamkan solat isya sebelum bersama dengan anggota menikmati juadah yang disediakan malam tadi.
Anggota amal perlu bersabar dan terus bersabar dalam menjalankan setiap tugasan yang diberikan dan perlu sentiasa beringat bahawa setiap gerak kerja adalah semata mata menunaikan ketaatan kepada Allah SWT. Sebab it moto Jabatan Amal adalah “Beramal Kerana Allah”.
Sabar dalam melakukan ketaatan sesama anggota dan perlu menjaga “Solat Berjemaah” kata beliau
Bencana yang berlaku baru baru ini juga adalah ujian bagi Anggota Jabatan Amal yang mana sebahagian kita dapat menyaksikan betapa Bala yang Allah datangkan tidak kira siapa dan dimana. Hasil pengalaman dan kepakaran dalam mengurus bencana sebelum ini menjadikan Anggota Jabatan Amal sentiasa bersiap siaga walaupun ada dikalangan mereka yang sendiri tercedera. Namun tidak sedikitpun melunturkan rasa keseronokkan beramal walaupun dalam keadaan basah.
Malam Ribat 3.0 dihadiri Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ust Syarhan Humaizi Halim dan Exco exco Dppns yang turut berucap dalam sesi usrah bersama anggota amal pada sesi yang kedua dan turut dihadiri oleh Sdr Nazrie (Pengarah Jabatan Amal Malaysia), Ust Rizuan Rahmat (Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor) dan Ust Ramli Sidom (Mantan Ketua Pemuda Dppns).
Program disambung keesokannya pagi dengan Qiamulalil dan kuliah subuh yang dipimpin oleh jurulatih Unit Tarbiyah dan Dakwah Amal Negeri sebelum semua anggota pulang ke kawasan masing-masing.