Home Artikel PAS Selangor

Ride Santai | ARC Selangor Menyelusuri Jalan Dakwah

609
SHARE

Ahad | 7 May 2017 : Kelab Motosikal Malaysia ARC (Alternative Riding Club) Selangor hari ini menyusun atur perjalanan dakwah santai mereka bergerak ke Masjid Yayasan Noah, Genting Highland untuk bersama dengan 19 penunggang motosikal berkuasa besar bagi memulakan kempen ARC Day setiap hari Ahad.

Pelepasan Ride Santai di lakukan oleh Ust Syarhan Humaizi Halim selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor di stesen minyak BHP di Gombak pagi tadi. Dengan tema “We Ride For Charity”, ARC Selangor memulakan perjalanan jam 9 pagi dan berhenti bersarapan pagi di Gohtong Jaya dan singgah di Masjid Yayasan Mohd Noah untuk menunaikan solat dhuha.

Di kesempatan tersebut, majlis tahlil ringkas diadakan buat sahabat sahabat dan ahli keluarga serta sahabat handai diketuai oleh Ust Fazdi Muhammad yang merupakan Timbalan Naqib ARC Selangor juga turut menyampaikan tazkirah dhuha sebelum itu.

Ride santai ini juga dapat merapatkan ukhuwwah melalui sesi ta’aruf bertujuan mengenali diantara satu sama lain disamping mereka dapat bersama menikmati keindahan alam di puncak dan majlis berakhir dengan doa wehdah yang sinonim dengan konsep dakwah ARC.

Turut hadir dalam pelepasan konvoi tersebut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor Sdr Damanhuri Dol

Susuri Lorong Dakwah
We Ride For Charity