Home Kenyataan Media PAS Sarawak

Masalah Jalan Dan Hakisan Tanah Di Tebing Sungai Kampung Bakam Perlu Diberi Perhatian

993
SHARE

MIRI – Penduduk Kampung Bakam yang kebanyakan bekerja sebagai petani dan nelayan menghadapi masalah hakisan tebing sungai. Masalah ini dihadapi oleh penduduk yang tinggal di tebing sungai terutama musim hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat sehingga menghakis tanah di tebing sungai yang menyebabkan sebahagian dapur rumah mereka juga rosak.

Mereka mengadu masalah ini kepada pihak kami agar pihak kerajaan dapat memberi perhatian dengan membina tembok di tebing sungai itu dari terus terhakis akibat aliran air sungai yang deras. Antara mangsa yang menghadapi masalah ini ialah Mariam Raup dan dia amat memerlukan bantuan. Mereka mahu pihak berwajib segera menyelesaikan masalah hakisan ini dari berterusan yang mungkin boleh mengancam keselamatan penduduk terutama musim hujan lebat yang berpanjangan.

Antara masalah lain yang mereka ingin adukan ialah jalan yang sering digunakan oleh anak-anak muda yang menunggang motosikal terlalu laju dalam jalan kampung. Mereka memohon agar jalan kampung tersebut dibina bonggol kelajuan untuk mengelak kenderaan terutama motosikal bergerak laju demi keselamatan penduduk yang berjalan kaki dan kanak-kanak yang bermain di kawasan perumahan.

Kami mengesa pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah penduduk Kampung Bakam ini agar mereka dapat hidup dalam keadaan sejahtera dan selamat. Kerjasama dengan pihak yang berwajib untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

————————————————————————————————————————————————–

English version

 Road Problems And Soil Erosion On The Banks Of The Kampung Bakam River Need To Be Addressed

MIRI – The villagers of Kampung Bakam who mostly work as farmers and fishermen face the problem of river bank erosion. The problem faced by the people living on the banks of the river, especially during heavy rainfall caused flash floods that erode soil on the banks of the river which caused part of their home kitchens also damaged.

They complain about this problem to us so that the government can pay attention by constructing the wall on the banks of the river from being eroded due to the rapid flow of river water. Among the victims who are facing this problem is Mariam Raup and she needs help.They want the authorities to immediately solve this erosion problem from continuing that may threaten the safety of the population, especially the prolonged rainy season.

Among other issues that they want to complain about is the road frequently used by young people who ride a motorcycle too fast on the village road. They asked for the village road to build speed bumps to avoid vehicles, especially fast-moving motorcycles for the safety of the people on foot and children playing in the residential area.

We urge the government and those concerned to take immediate action to address the problems of the Kampung Bakam residents so that they can live in a prosperous and safe environment. Cooperation with the authorities to address this issue is greatly appreciated.

Yours faithfully

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief