KANGAR : Setelah selesai penganjuran di kawasan Kangar, Padang Besar dan Arau, Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis (DMPNPs) pula telah berjaya menganjurkan Program Tadarus Perdana peringkat Negeri Perlis.
Program telah berlangsung pada 12 Jun 2017 bersamaan 17 Ramadhan 1438H, bertempat di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS), Kangar, Perlis. Seramai 65 orang muslimat daripada ketiga-tiga kawasan telah menyertai program tersebut.
Ketua DMPNPs, Pn Hjh Latifah bt Mat, Timbalan Ketua DMPNPs Ustazah Ummu Tasneem bt Zainol dan Naib Ketua DMPNPs, Ustazah Rosmawar bt Amin, adalah antara yang hadir. Program turut disertai oleh AJK DMPNPs dan guru-guru PASTI Kawasan.
Acara tadarus bermula tepat pada jam 9.00 pagi, disusuli dengan majlis khatam Al-Quran yang diketuai oleh Ustazah Ummu Tasneem Bt Zainol serta slot taujihad yang disampaikan oleh Ketua DMPNPs, Pn Hjh Latifah bt Mat.
Dalam slot taujihad, Pn Hjh Latifah bt Mat telah mengingatkan para muslimat kepentingan meneruskan jihad walaupun ketika berpuasa, dengan mengambil beberapa contoh jihad yang dilakukan oleh Baginda Nabi S.A.W. serta para sahabat termasuklah jihad mengangkat senjata dalam Perang Badar dan Perang Khandak.
{jathumbnail off}