Home Berita PAS Pahang

Singgah sahur PAS Kawasan Temerloh

1196
SHARE

 

TEMERLOH: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Hj. Md Jusoh Darus mengetuai program singgah sahur sekitar parlimen ini selama tiga hari berakhir semalam.

 

Turut serta NYDP Hasan bin Omar,  Ketua Pemuda Ustaz Zaharim Ishak, Pengarah Dun Mentakab Ustaz Abirerah Awang Chik bersama 13 orang yang lain.

 

Program tersebut melibatkan kawasan-kawasan sasaran seperti balai polis, balai bomba, perhentian bas, medan tumpuan ramai di sekitar bandar Temerloh, Mentakab dan Lanchang.

 

Rombongan mulai bergerak sekitar jam 3 ke 5 pagi dengan menyumbang pelbagai juadah sahur berserta naskhah akhbar Harakah terbaru.

 

Ini merupakan program tahunan Dewan Pemuda dikelolakan oleh Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Temerloh.

 

 

Semoga semua yang menjayakan program ini dikurniakan keampunan dan dipertemukan Lailatul Qadr. InsyaAllah.