Bintulu, 11 Jun 2017- Umum mengetahui bahawa tugas-tugas menjaga keselamatan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga tanpa mengira waktu. Maka, bagi menyantuni anggota-anggota keselamatan yang bertugas pada waktu malam, Jabatan Amal Pemuda PAS Bintulu mengambil inisiatif untuk menyediakan dan menghantar bekalan sahur melalui program Singgah Sahur.
Program bermula pada jam 3.30 pagi dengan kehadiran seramai 8 orang anggota Jabatan Amal. Menurut pengarah program, saudara Abdul Rahim program singgah sahur ini sememangnya merupakan program ‘wajib’ Jabatan Amal pada setiap kali bulan Ramadan setiap tahun. Program tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta mengetahui serba sedikit permasalahan anggota-anggota pasukan keselamatan yang bertugas.
Antara tempat yang menjadi destinasi singgah sahur pada kali ini ialah Balai Polis Bintulu, Bomba Bintulu dan Polis Bantuan Lembaga Port Bintulu. Kehadiran anggota Jabatan Amal disambut mesra dan baik oleh anggota-anggota pasukan keselamatan yang terlibat. Turut hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Bintulu, Tn Haji Khairul Ismail. Program berakhir sekitar jam 4.30 pagi.
{jathumbnail off}