Home Berita PAS Sabah

Ahli PAS Kinabatangan komited diraikan dalam majlis perasmian serentak MAT

52
SHARE

Oleh: Ahmad Dihyah
26 Mei 2024

Kinabatangan : Sempena perasmian serentak Mesyuarat Agung Tahunan PAS Zon Sandakan pada 25 Mei, PAS Kinabatangan tidak terkecuali meraikan ahli-ahli berkomitmen tinggi dalam majlis.

Menariknya majlis kali ini, semua anugerah yang diberikan, disediakan daripada semua kawasan dan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan diiringi Yang Dipertua PAS kawasan masing-masing.

Majlis ini meraikan ahli yang berkomitmen dari PAS Kinabatangan untuk 2 anugerah.

Anugerah Kosoi Atigi’ yang bermaksud Muslimin Gigih dianugerahkan kepada Shadun Samir. Manakala, Anugerah Uroi Agirot atau Muslimat Power dianugerahkan kepada Siti Nurfatiha Mohamad atas kerjasama, sumbangan dan pengorbanan mereka sepanjang sesi kepimpinan kali ini.

PAS Kinabatangan juga meraikan biro paling aktif dalam menjalankan program-program di kawasan iaitu Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial. Kesemua anugerah disampaikan oleh YB Pesuruhjaya PAS Sabah sendiri.