Home Berita PAS Pahang

PAS Lipis desak PBT sedia pelan pembangunan jangka panjang Kampung Berembang dan Kampung Bapong

75
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

KUALA LIPIS, 26 Mei – PAS Lipis mendesak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan pelan pembangunan jangka panjang menjadikan Kampung Berembang dan Kampung Bapong sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dan sub-stesen pengangkutan awam.

Usul tersebut diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Lipis Kali Ke 56 berlangsung semalam bertempat di Kompleks al-Istiqamah di Kg Berembang, Kuala Lipis. dirasmikan Naib Presiden PAS, Ustaz Nik Mohd Amar Abdullah.

Yang Dipertua PAS Lipis, Ustaz Roslan Zainal berkata, dengan adanya sub stesen pengangkutan awam tersebut, rakyat tidak perlu lagi bersusah payah ke stesen utama di Bandar Baru Kuala Lipis sejauh 11 kilometer daripada persimpangan LTU di Kampung Berembang apabila Lebuh Raya Tengah Utama (LTU / CSR) dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun daripada sekarang,

Turut diluluskan beberapa usul lain antaranya menggesa pihak kerajaan menaiktaraf institusi masjid termasuk gaji imam serta keperluan mewujudkan kursus ikhtisas pagawai-pegawai masjid,

Selain itu, NGO Islam, parti-parti politik Islam, dan institusi masyarakat digesa agar bersatu membangunkan kuasa ekonomi umat Islam serta gesaan terhadap kerajaan agar tidak tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dalam isu keganasan Zionis di Palestin.

Sementara itu, Ustaz Nik Amar di dalam ucapannya menekankan kepentingan menterjemahkan tiga komponen peranan PAS iaitu tarbiah, dakwah, dan politik dalam bentuk tindakan dan contoh teladan yang baik sepanjang masa, bukan terhad hanya pada waktu kempen pilihan raya.

Seramai hampir 200 orang perwakilan Dewan-dewan dan Cawangan-cawangan hadir menjayakan MAT yang merupakan tugas jamaie tahunan menepati keperluan membina saf atau organisasi yang mantap dan teguh.