Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

TASTI : Silibus Baharu Menyentuh Asas Fitrah Anak-Anak

90
SHARE

Oleh : Fitrah Herman

SHAH ALAM, 19 Oktober – Penaung Sekretariat, Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh, yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah melancarkan Silibus Taman Asuhan Tunas Islam (TASTI) bersama Penasihat Sekretariat, YB Dato’ Ustazah Hajjah Siti Ashah Ghazali, yang mengetuai Lajnah Pembangunan Keluarga DMPM.

Tertubuhnya 47 buah TASTI di seluruh Malaysia dengan visi “Menerajui Pengasuhan dan Pendidikan Anak-anak Seawal Usia Berteraskan Fitrah Insan” menjadikan pendidikan prasekolah TASTI berteraskan fitrah insan adalah kunci kepada pembentukan generasi muda yang beriman dan bermoral tinggi.

Selaras dengan visi ini, TASTI memperkenalkan falsafah kurikulum yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah melalui penyuburan fitrah dan rangsangan pancaindera. Kurikulum ini bertujuan untuk meningkatkan potensi diri beraqidah anak-anak, menjadikan mereka berakhlak mulia, berpusatkan Asmaul Husna dalam kehidupan seharian.

Dengan memberi penekanan kepada pengenalan nilai-nilai Islam sejak peringkat prasekolah berstrategikan bahasa cinta, silibus TASTI memberi tumpuan kepada perkembangan rohani dan jasmani, menjadikan setiap aspek pengajaran sebagai medium pembentukan akhlak mulia anak-anak.

Kehadiran Silibus TASTI adalah melibatkan 13 orang penggubal dan 13 orang penilai menjadi satu langkah kedepan dalam usaha menyuburkan pendidikan Islam di kalangan anak-anak prasekolah.

Silibus TASTI juga menyediakan asas kukuh bagi generasi muda agar mereka dapat tumbuh sebagai individu yang beraqidah, berakhlak
mulia, dan berpegang kepada ajaran Islam.