Home PAS Pusat

Pena Pengarang : PHUMDAP tergamak jahanamkan perniagaan Melayu kerana politik!

482
SHARE

1. Saya tak putus-putus istighfar apabila melihat banyak hantaran-hantaran media sosial pro-PH-BN-DAP (PHUMDAP) yang mengajak orang ramai memboikot perniagaan orang Melayu Kelantan dan mereka yang pro-PERIKATAN NASIONAL.

2. Kemenangan PERIKATAN NASIONAL di kawasan-kawasan dan negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini nampaknya benar-benar menyakitkan hati PHUMDAP yang sebahagian besar kemenangan mereka pula dengan sokongan bukan Melayu.

3. Rupanya permusuhan mereka ini tidak sekadar di medan politik sahaja, kini melarat kepada tindakan untuk merosakkan ekonomi majoriti orang Melayu yang sebahagian besarnya telah mengundi PERIKATAN NASIONAL dalam PRN baru-baru ini.

 



 

4. Jadi di mana seruan kononnya ‘pilihan raya sudah habis, kini masa untuk bekerja’ yang mereka laung-laungkan? Adakah ia sebahagian dari prinsip ‘asal buka mulut, bohong’ yang diamalkan pemimpin PHUMDAP?

5. Ini adalah sikap yang tidak profesional puak PHUMDAP yang tidak dapat menerima bahawa mereka ditolak oleh orang-orang Melayu dalam pilihan raya lepas.

6. Dan tindakan memboikot peniaga-peniaga Kelantan dan mereka yang pro-PERIKATAN NASIONAL adalah PENGKHIANATAN terhadap bangsa Melayu yang masih lagi bertatih dalam dunia perniagaan.

7. Mereka ni seronok tengok ramai peniaga Melayu bungkus dan tutup kedai. Busuknya hati mereka!

8. Rasanya geng-geng Cina-DAP tepuk tangan tengok kebodohan sesetengah orang Melayu berpolitik sampai nak meruntuhkan ekonomi bangsa sendiri.

9. Saya harap orang Melayu akan nampak siapa PHUMDAP yang sebenar yang mereka ini memang pengkhianat dan penganiaya orang Melayu!

10. Begitulah orang Melayu dari zaman dahulu tak habis-habis menjadi agen dan talibarut bangsa asing untuk menjahanamkan bangsa sendiri. Yang untung bangsa asing juga!

11. Orang Melayu nak undi lagikah PH-BN PHUMDAP dalam pilihan-pilihan raya akan datang ni? Tolak PH-BN-DAP dalam mana-mana pilihan raya!! PENGKHIANAT MELAYU!

IBNU JANIE
Ketua Editor Pusat
Portal CPP Berita PAS