Home Berita PAS Negeri Sembilan

PN Negeri Sembilan isytihar calon malam ini

129
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

27 Julai, SEREMBAN – Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon parti yang bakal bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan pada malam ini.

Pengumuman itu dijangka dilakukan sendiri oleh Pengerusi PN Negeri Sembilan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu di Dewan Perdana KRS, Bandar Warisan Puteri di sini.

Turut dijangka hadir pada majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustafa serta kepimpinan tertinggi parti-parti komponen lain antaranya Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Sembilan, Gary Lee.

PRN kali ini juga menyaksikan BN bakal bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) melalui Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.

Selain PRN di enam negeri, turut berlangsung serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari pengundian PRN dan diadakan serentak melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu berkata seramai lebih 9.73 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan.