Home Berita PAS Johor

Ahli PAS buat laporan polis ke atas Lim Guan Eng

208
SHARE

Ahli PAS Kawasan Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggara Buat Laporan Polis Terhadap Kenyataan Lim Guan Eng

Oleh Nini Zulkifli

Ahad, 9 Julai – Ahli PAS Kawasan Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggara yang diketuai oleh Yang Di-Pertua (YDP) PAS Kawasan Pengerang, Abdul Rashid Md Sihap telah membuat satu laporan polis terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng melalui akhbar China Press bertarikh 8 Julai 2023 di laman sesawang Malaysia Now.

Lim Guan Eng, telah memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat “gelombang hijau” daripada bertapak di negeri itu, sambil mendakwa ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.” Lain-lain sebab turut dinyatakan dalam laporan.

Turut hadir bersama, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Tinggi, Azmi Abu, Ketua Muslimat Legal Team (MUSLET) Johor, Nasuha Zolkaflee.